ARTIKEL

Data 70,000 warga Singapura bocor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Data peribadi kira-kira 70,000 individu di Singapura terdedah dalam satu insiden keselamatan siber yang melibatkan persekitaran pengkomputeran awan yang diuruskan oleh IBM, menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Jumaat.

Lapor Anadolu Ajansi, siasatan awal SLA mendapati berlaku “akses tanpa kebenaran terhadap satu set data yang diwujudkan khusus untuk tujuan pembangunan dan ujian vendor” dalam persekitaran awan yang diuruskan IBM bagi Sistem Pendaftaran Automatik Hak Milik Singapura (STARS) dan Sistem eLodgment.

Menurut SLA, set data yang diwujudkan pada 1998 dan dikemas kini secara berkala itu sepatutnya hanya mengandungi rekod olok-olok dan data yang dinyahpengenalan, namun sebaliknya mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan serta alamat kira-kira 70,000 individu.

“Pihak berkenaan sepatutnya telah menyahpengenalan maklumat itu, namun ia tidak dilakukan. Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan bagaimana perkara itu boleh berlaku,” menurut SLA. -Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan