Trending

David Yeo, Angnes Jonep dilantik Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PDP yang baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: David Yeo dipilih menjadi Ketua Pemuda Parti Demokraktik Progresif (PDP) baharu bagi penggal 2023-2026 selepas diumumkan menang tanpa bertanding pada penamaan sayap parti itu, hari ini.

Keputusan itu diumumkan selepas proses pencalonan tertutup pada Perhimpunan Agung Tri-Tahunan PDP selama tiga jam di Restoran World Dinner di sini.

Ketua Wanita PDP yang baharu Angnes Jonep (baris depan lapan kiri) bergambar bersama ahli jawatankuasa yang baru dilantik. | Foto: Mohd Alif Noni

David Yeo, 48, sebelum ini merupakan Pemangku Ketua Pemuda PBB selepas Robert Ayu meletak jawatan dari jawatan berkenaan.

Bagi Timbalan Ketua Pemuda PDP pula, ia disandang oleh Yiak Chiong Wei.

Sementara itu, bagi perebutan jawatan Ketua Wanita PDP pula, menyaksikan Angnes Jonep memenangi jawatan berkenaan dalam pertandingan satu penjuru dan beliau bakal memegang jawatan berkenan bagi satu penggal (2023-2026).

Manakala Liew Muk Moi pula telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Wanita PDP. 

Angnes ialah ketua wanita PDP bahagian Tasik Biru dan beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Chiew Yen Chew yang memegang jawatan ketua wanita PDP selama lebih 20 tahun.

Hari kedua perhimpunan berkenaan pada hari Sabtu (10 Jun) akan menyaksikan TGA untuk badan induk dan majlis tertinggi parti dengan penamaan calon untuk pelbagai jawatan dan pembuangan undi.

Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing akan menghadiri mesyuarat TGA dengan ketibaannya dijadualkan pada jam 9 pagi.

Pada sebelah malamnya, perwakilan, majlis tertinggi PDP dan tetamu jemputan akan menghadiri majlis makan malam.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan PDP TGA 2023 Datuk Anyi Ngau dan Tiong dijangka menyampaikan ucapan pada majlis makan malam itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru