ARTIKEL

Hilmi menyampaikan cenderahati kepada Datuk Bandar (Lord Provost) Aberdeen City, Dr David Cameron

DBKU berhasrat jalin kerjasama dengan Aberdeen City Council

Bandaraya rendah karbon dan pembangunan lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat menjalin hubungan ‘Net Carbon Friendship City’ bersama Aberdeen City Council dalam usaha mempercepatkan peralihan ke bandaraya rendah karbon dan pembangunan lestari.

Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman berkata, usaha itu penting untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman serta strategi yang berkesan dalam mencapai matlamat bandaraya rendah karbon sejajar dengan cabaran perubahan iklim global.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat kepada Datuk Bandar (Lord Provost) Aberdeen City, Dr David Cameron, di Aberdeen 4 Jun lalu.

Difahamkan Bandaraya Aberdeen, Scotland, telah merangka “Net Zero Aberdeen Routemap” yang menetapkan laluan ke arah menjadi bandaraya bebas karbon menjelang 2045.

Peta jalan itu merangkumi enam strategi utama iaitu mobiliti, bangunan dan pemanasan, ekonomi kitaran, bekalan tenaga, persekitaran semula jadi, dan pemerkasaan komuniti,” katanya.

Kunjungan hormat Datuk Bandar DBKU ke Aberdeen merupakan sebahagian daripada lawatan rombongan Sarawak yang diketuai Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni bagi menghadiri Energy Export Conference 2025.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Komuniti) DBKU, Rudzaimeir Malek, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Majlis Industri Tenaga (Asia Pasifik) Awang Mu’awaludin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, dan beberapa yang lain.

Hilmi kedua dari kanan merakamkan gambar kenangan semasa kunjungan hormat kepada Datuk Bandar (Lord Provost) Aberdeen City, Dr David Cameron

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha