ARTIKEL

Hilmy ketika membuat lawatan persediaan banjir operasi pengurusan bencana DBKU di DBKU@Depo. Foto: MOHD ALIF NONI

DBKU Dedah 22 ‘Titik Panas’ Berisiko Ditenggelami Air – Ada Lokasi Anda?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mempertingkatkan kesiapsiagaan bagi menangani isu banjir terutama di 22 kawasan titik panas yang telah dikenal pasti.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mengurangkan risiko air pasang besar seperti yang berlaku pada tahun lalu.

“Kita sudah mengambil tindakan termasuk membaik pulih serta melakukan pembesaran parit di beberapa kawasan yang berisiko tinggi.

“Setakat ini langkah intervensi diambil di kawasan yang pernah banjir sebelum ini. Bagaimanapun, ada kawasan yang tidak dapat dielakkan daripada banjir atas faktor tertentu termasuk kawasan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan persediaan banjir Operasi Pengurusan Bencana DBKU di DBKU@Depo, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan kawasan titik panas itu tidak semestinya mempunyai risiko tinggi tetapi dikenal pasti agar diberi perhatian lebih.

Kawasan terbabit ialah Kampung Pulo, Bintawak, Sourabaya Ulu, Kampung No 4, Kudei Baru, Jalan Hospital, Jalan Padang Merdeka, Kampung Gita Laut, Kampung Gita Tengah, Kampung Pinang Jawa, Taman Mawar, Kampung Sungai Maong, Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal.

Selain itu Kampung Sungai Berdaun, Telaga Air, Kampung Bako, Kampung Goebilt, Kampung Semerah Padi, Kampung Semariang Aman Fasa 2 dan 3, Kampung Tupong Ulu dan Jaya, Kampung Astana Lot, Kampung Sungei Bedil ,Kampung Lintang dan Kampung Tunku RPR Fasa 2.

Hilmy memberi jaminan bahawa DBKU melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bandaraya telah mengaktifkan kesiapsiagaan operasi untuk berdepan kemungkinan banjir.

Usaha itu merangkumi pemantauan berterusan penyelarasan respons kecemasan serta penyediaan aset dan logistik bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan sekiranya air pasang berlaku.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa terdapat 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersedia di kawasan DUN Pantai Damai (14 PPS); Demak Laut (5); Tupong (21); Samariang (6) dan Satok (10).

“DBKU komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Justeru semua pihak diminta bekerjasama dalam menghadapi musim monsun ini agar segala urusan kesiapsiagaan dan bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin melaporkan sebarang masalah berkaitan banjir atau kecemasan boleh menghubungi talian hotline DBKU di 082-446644 atau WhatsApp 016-8864466.

BERITA LAIN

900 pokok bakau ditanam di pesisir Sejingkat

KUCHING: Sebanyak 900 pokok bakau ditanam di sepanjang pesisir Sejingkat sempena Hari Antarabangsa Pemuliharaan Ekosistem Bakau sebagai usaha memulihkan ekosistem pantai serta meningkatkan perlindungan kawasan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu