ARTIKEL

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail ketika berucap pada Program Kem Sanggar Bahasa Generasi MADANI 2025, di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak, baru-baru ini.​

DBP Sarawak Semai Kecintaan Bahasa: 100 Pelajar Asah Kemahiran Komunikasi di Kem Sanggar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak bersedia untuk bersinergi dengan organisasi luar bagi melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail berkata, beliau sentiasa mengalu-alukan pihak luar untuk mengadakan aktiviti di DBP Cawangan Sarawak.

Seramai 100 orang pelajar dari 12 buah sekolah menengah bersama-sama guru pengiring menyertai Program Kem Sanggar Bahasa Generasi MADANI 2025.

“Ini bagi mengenali DBP dengan lebih dekat,” katanya ketika berucap pada Program Kem Sanggar Bahasa Generasi MADANI 2025, di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak, baru-baru ini.

Program tersebut melibatkan pelajar sekolah menengah dan bertujuan untuk menyediakan platform yang kondusif serta merangsang pelajar mengembangkan kemahiran berbahasa mereka secara holistik.

Kemahiran tersebut merangkumi penguasaan aspek lisan dan penulisan yang merupakan teras kepada komunikasi yang berkesan.

Pada program itu, seramai 100 orang pelajar dari 12 buah sekolah menengah dengan guru pengiring masing-masing telah menyertai program ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah bengkel puisi, bengkel pidato dan persembahan berkumpulan manakala bengkel puisi yang berasingan turut disediakan untuk guru pengiring.

Justeru, Dr Azizul berharap agar para pelajar memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang ditimba dalam program ini dengan sebaik-baiknya sama ada dalam pelajaran ataupun kehidupan mereka.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan DBP Cawangan Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha