BARU-BARU ini, saya berpeluang mencuba sesuatu yang benarbenar berbeza daripada kebiasaan apabila menyertai pertandingan pickleball buat pertama kali dengan mewakili Suara Sarawak.
Saya turun dalam kategori regu lelaki dan pengalaman itu ternyata membuka lembaran baharu dalam perjalanan saya sebagai seorang yang sememangnya meminati aktiviti sukan.
Sebelum ini, dunia sukan saya banyak berkisar pada futsal dan bola sepak.
Keduadua sukan itu bukan sahaja menjadi kegemaran, malah sudah lama menjadi sebahagian daripada rutin dan minat saya.
Justeru, apabila diberi peluang untuk mencuba pickleball, saya pada mulanya agak teruja, tetapi pada masa sama turut tertanya-tanya sejauh mana saya mampu menyesuaikan diri dengan sukan yang masih dianggap baharu oleh sesetengah orang.
Lebih mencabar, tempoh latihan yang kami lalui hanyalah sekitar dua minggu.
Dalam tempoh singkat itu, banyak perkara perlu dipelajari, daripada asas pegangan paddle, cara melakukan servis, pergerakan di gelanggang dan kedudukan bersamasama pasangan hinggalah kepada strategi ketika menyerang dan bertahan.
Jika dilihat dari jauh, pickleball mungkin kelihatan mudah.
Gelanggangnya lebih kecil berbanding gelanggang tenis, raketnya juga lebih ringkas dan bola yang digunakan lebih ringan.
Namun, apabila sudah berada di gelanggang, barulah saya sedar bahawa sukan ini memerlukan tahap fokus, ketepatan dan kesabaran yang tinggi. Setiap pukulan perlu dilakukan dengan kawalan yang baik.
Pergerakan juga perlu pantas kerana lawan boleh mengubah rentak permainan dalam sekelip mata.
Dalam acara regu pula, keserasian dengan pasangan amat penting.
Kita bukan sahaja bermain untuk diri sendiri, malah perlu sentiasa peka terhadap kedudukan pasangan dan ruang yang perlu ditutup.
Di situlah saya mula memahami bahawa pickleball bukan semata-mata permainan memukul bola melepasi jaring.
Ia turut menuntut komunikasi, disiplin dan kebijaksanaan membaca permainan.
Walaupun hanya sempat menjalani latihan selama dua minggu, kami tetap turun dengan semangat untuk memberikan saingan terbaik.
Sudah tentu, sebagai orang baharu dalam sukan ini, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
Kami akhirnya tewas dalam pertandingan tersebut.
Namun, bagi saya, kekalahan itu bukan sesuatu yang perlu dikesali.
Sebaliknya, pengalaman berada di gelanggang pertandingan memberikan pengajaran yang jauh lebih besar daripada keputusan di papan markah.
Saya belajar bagaimana mengawal ekanan ketika berdepan dengan lawan.
Saya juga belajar untuk tidak mudah panik apabila ketinggalan mata, selain memahami bahawa setiap kesilapan kecil boleh memberikan kelebihan kepada pihak lawan.
Lebih penting, saya mula mengenali sifat dan corak permainan pickleball itu sendiri.
Sukan ini mungkin tidak memerlukan larian sejauh dalam bola sepak atau tahap intensiti zikal seperti futsal, tetapi ia mempunyai cabaran tersendiri.
Ia memerlukan re eks pantas, koordinasi tangan dan mata serta kebijaksanaan memilih pukulan pada waktu yang tepat.
Ada kalanya, pukulan yang perlahan dan terkawal lebih berkesan berbanding pukulan keras. Itulah antara perkara yang menjadikan pickleball menarik.
Selepas pertandingan berakhir, saya mula ter kir sama ada sukan ini akan menjadi sebahagian daripada rutin saya selepas ini.
Sebelum ini, jika ditanya mengenai sukan kegemaran, jawapan saya hampir pasti futsal atau bola sepak.
Kini, mungkin ada satu lagi sukan yang perlahan-lahan cuba memasuki senarai itu.
Pickleball memberikan pengalaman yang berbeza.
Ia boleh dimainkan secara santai, tetapi pada masa sama mampu menjadi sangat kompetitif.
Sukan ini juga sesuai dimainkan oleh pelbagai peringkat umur dan tidak terlalu sukar untuk dipelajari pada peringkat asas.
Namun, untuk benar-benar mahir, sukan ini memerlukan latihan yang konsisten.
Bagi saya, pengalaman pertama ini cukup untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk bermain lagi.
Kekalahan dalam pertandingan pertama bukan penamat, sebaliknya mungkin permulaan kepada satu minat baharu.
Siapa tahu, selepas ini saya mungkin lebih kerap memegang paddle pickleball berbanding menyarung kasut futsal.
Buat masa ini, bola sepak dan futsal masih kekal sebagai sukan yang paling dekat di hati.
Namun, pickleball sudah berjaya mengetuk pintu hati saya.
Persoalannya kini, adakah ia akan menjadi sukan kegemaran saya yang seterusnya?
Jawapannya mungkin belum pasti.
Namun, selepas pengalaman pertama ini, saya boleh katakan satu perkara — saya pasti mahu bermain lagi.



