ARTIKEL

Deepavali: 6,395 anggota polis digerak perkukuh rondaan jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 6,395 pegawai dan anggota polis bersama 3,466 kenderaan serta motosikal digerakkan di seluruh negara bagi memperkukuh rondaan pencegahan jenayah sempena Deepavali esok.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin, menyatakan penugasan itu merangkumi 1,734 unit Mobile Patrol Vehicle (MPV) dengan 4,332 pegawai dan anggota, 1,732 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan 1,800 pegawai dan anggota, serta 263 anggota Unit Polis Pelancong (UPP).

Rondaan berjalan selama 24 jam secara bersyif dan diberi keutamaan di kawasan perumahan, lokasi berisiko jenayah, pusat bandar, kawasan komersial serta tumpuan awam, manakala kekerapannya disesuaikan mengikut penilaian risiko dan pola jenayah setempat.

Dalam pada itu, pergerakan petugas dipantau secara masa nyata melalui peranti Mobile Card Acceptance Device (MCAD) yang membolehkan penyelia mengesan pemberhentian melebihi 30 minit, selain petugas melaksanakan aktiviti Stop and Talk bagi mendekati masyarakat.

Statistik tujuh hari sebelum dan selepas Deepavali menunjukkan jenayah harta benda menurun 0.33 peratus kepada 1,839 kes pada 2025 berbanding 1,845 kes pada 2024, namun kes curi kekal tertinggi dengan 928 kes, iaitu 50.46 peratus daripada keseluruhan kes.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PBB perkemas jentera hadapi PRU Sarawak Ke-13

SARIKEI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak memperhebat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 menerusi penyusunan gerak kerja dan pengukuhan jentera parti di