KEJIRANAN Mesra (KJM) DBKU Sungai Maong memeriahkan sambutan perayaan Deepavali bersama-sama komuniti India di Kuching, baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung dengan penuh warnawarni ini dihadiri kira-kira 250 penduduk pelbagai komuniti antaranya India, Cina, Melayu dan Dayak.
Sebagai sebuah bandar yang berbilang kaum dan budaya, Kuching menjadi contoh harmoni dalam kepelbagaian.
Perayaan Deepavali adalah satu peluang untuk kita mempererat hubungan sesama kita, merayakan kepelbagaian, dan saling menghormati budaya serta tradisi yang berbeza.
Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan kita semua, membawa kedamaian, kejayaan, dan kebahagiaan berpanjangan.



