ARTIKEL

Razi Sitam (lima kanan) dan Dr Ripin Lamat (enam kiri) dan delegasi lain sempat merakam kenangan bersama Fadzli Mohamad Kamal (enam kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat berkenaan.

Delegasi SUKMA/Para SUKMA Sarawak teruskan kunjungan ke Pahang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Delegasi SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 meneruskan kunjungan hormat mereka ke negeri Pahang hari ini.

Rombongan terbabit diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Kehadiran mereka di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Wisma Sri Pahang disambut oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan ketua-ketua jabatan lain.

Pada sesi kunjungan delegasi tersebut, Razi berkesempatan memberi penerangan ringkas kepada barisan exco dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Pahang berhubung perjalanan persiapan Negeri Sarawak sebagai tuan rumah bagi kedua-dua temasya berprestij negara itu.

Pada temasya Sukma XXI Sarawak 2024, negeri Pahang akan bertanding dalam 36 acara sukan tetapi tidak akan menyertai acara kabaddi.

Turut serta bersama rombongan berkenaan adalah Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Salmah Jobeli, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Sekretariat Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Zakeria Hattar, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Abdul Rani Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Geoffrey Ramji, serta ahli-ahli Jawatankuasa Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Para SUKMA XX Sarawak 2024.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU