ARTIKEL

Demi survival parti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kepimpinan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat ranting menuntut tanggungjawab penting demi meneruskan survival parti.

Naib Presidennya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana kekuatan pentadbiran Kerajaan Sarawak turut disumbang kepimpinan di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu menurutnya, pemimpin PBB peringkat ranting perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya.

“Apabila kita bersetuju menerajui ranting, maka bermulalah kita memikul amanah untuk menjaga parti keramat yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

“Kita sebagai pemimpin pelapis memainkan peranan penting untuk terus mempertahankan parti kita,” katanya pada Randau GPS-PBB Dun Pantai Damai di Kampung Santubong, malam kelmarin.

Kampung Santubong menjadi destinasi kelima randau selepas Kampung Jaya Bakti, Kampung Pasir Pandak, Kampung Semarang dan Kampung Temenggong.

Dr Abdul Rahman yang juga Adun Pantai Damai menjelaskan, peluang yang diberikan untuk menerajui parti peringkat ranting perlu digalas sebaik mungkin.

Beliau berkata, PBB Cawangan Pantai Damai sentiasa bersedia untuk menghadapi PRN-12.

“Sebaik sahaja Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membubarkan Dun dan mengumumkan tarikh pilihan raya, pemimpin kita di peringkat cawangan dengan ranting sudah cukup bersedia.

“Kebanyakan pemimpin kita masih segar setelah menghadapi Pilihan Raya Umum lepas.

“Inilah pentingnya kita sentiasa berinteraksi antara pemimpin cawangan dengan ranting untuk memastikan segala tindakan kita selari mengikut acuan ditetapkan,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha PBB Cawangan Pantai Damai Merdehi Mas; Timbalan Ketua Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Dayang Nora Awang Sabudin dan Ketua PBB Ranting Kampung Santubong Daud Alli.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha