Di sebalik selimut kabus pagi
merayap di lereng
pergunungan
tapak kaki sunyi menjejak
tanah keramat leluhur
berlapikkan humus lembap
serta ranting usang
di sana nadi pribumi Bumi
Kenyalang
berdenyut dalam harmoni
suci.
Di bawah teduhan belian
yang kukuh
bumbung rumah panjang
terbentang
laksana bahtera tenteram;
ruang legar merakam
riang tawa yang berderai
tempat benih kasih disemai
mengikat erat ukhuwah abadi.
Namun, tiupan zaman
membawa angkara
jentera rakus merobek rimba
sungai keruh meratap
secebis duka
bumi pusaka tempat
tertanam uri
kini tergugat dijamah arus
alpa,
meninggalkan gema tangisan
yang sepi.
Kala lentera ilmu hampir
padam
Didik Kasih hadir
menyimbah sinar,
menghulur tangan penyembuh
yang luhur,
merintis jambatan asa dan daya
membimbing anak watan
tanpa jemu
membela nasib insan
terpinggir.
Kemanusiaan sejati berpijak
di bumi nyata
menyedarkan kita tentang
erti keinsafan—
bahawa manusia, alam,
dan ilmu
adalah satu nyawa yang padu
wajib dipelihara dan dijunjung
selagi hayat dikandung badan
.
(Nota: Dedikasi khas buat Persatuan Pendidik Didik Kasih Malaysia)
Cikgu Ita
©️ 2026 Cikgu Ita.
Hak Cipta Terpelihara.



