ARTIKEL

Dermaga Sadong Jaya rosak teruk dilanggar kapal tongkang hanyut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Dermaga Sadong Jaya di sini rosak teruk selepas dilanggar sebuah kapal tongkang bermuatan pasir dan jengkaut yang hanyut kira-kira jam 4.37 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin, berkata kejadian tersebut disaksikan oleh sekumpulan pemancing yang kemudian melaporkannya kepada Balai Polis Asajaya.


“Semasa kejadian, pengadu dan rakan-rakan sedang memancing ikan. Apabila menyedari kapal tongkang berkenaan hanyut menghampiri dermaga tersebut, mereka telah memberikan beberapa isyarat, namun tiada tindak balas daripada juragan serta awak-awak kapal terbabit.

“Perlanggaran itu merosakkan pondok di hujung dermaga dan pam minyak milik Persatuan Nelayan Sadong Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan kapal tongkang tersebut dipercayai berlabuh berhampiran dermaga berkenaan tanpa menurunkan sauh.

Bahagian dermaga Sadong Jaya yang rosak teruk akibat dilanggar kapal tongkang hanyut.

Katanya, terdapat seorang juragan dan empat awak-awak berada di atas kapal tongkang tersebut, dan ketika kejadian mereka sedang tidur.

“Mereka tidak memberikan sebarang tindak balas dan hanya melihat dari atas kapal selepas kejadian berlaku,” katanya.

Damataries berkata tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan sebaik tiba anggota Balai Polis Asajaya di lokasi, kapal tongkang terbabit telah beredar ke tengah laut.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut untuk tindakan serta siasatan lanjut.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU