ARTIKEL

Detik cemas, rumah pekerja terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga individu berdepan detik cemas apabila rumah pekerja yang didiami terbakar dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi.

Komander Operasi PBK II Abdul Hakim Supian berkata, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dalam insiden yang berlaku sekitar jam 11.02 malam.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kebakaran membabitkan sebuah rumah pekerja jenis struktur tidak kekal, anggaran keluasan 20×30 kaki persegi telah musnah sepenuhnya.

Anggota bertindak dengan menggunakan 300 kaki hos, 2 nozel sumber air dari jentera.

“Pasukan turut membuat ‘relay pumping’ dari jentera BBP Tabuan Jaya memandangkan di lokasi tiada pili bomba.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.39 malam dari merebak ke kilang sebelah dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.38 tengah malam,” katanya.

Setakat ini, punca dan kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

MUSNAH…Keadaan rumah pekerja yang hangus akibat kebakaran malam tadi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha