ARTIKEL

MAUT… Remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di flyover Jalan Miri Bypass pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Detik Maut 5.30 Pagi, Remaja Parah Langgar Pembahagi Jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di flyover Jalan Miri Bypass pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa seorang warga tempatan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Taman Tunku menuju ke SMK Bandar Baru Miri melalui Jalan Miri Bypass.

“Setibanya di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas ke kanan jalan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan menambah, motosikal tersebut kemudian melanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Faizul Ab. Rahim di talian 014-858 2582 / 085-430 479 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU