ARTIKEL

Di kompaun RM2,000 seorang gagal patuhi SOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Gara-gara berkumpul bermain mahjung pada Perintah Kawalan Pergerakan Khusus (PKPK), 11 individu termasuk tiga wanita berumur 22 hingga 45 tahun masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang pada petang semalam (Isnin).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya hari ini (Selasa) berkata, semua subjek berkenaan didapati terlibat dalam perjudian mahjung di sebuah premis kelab sosial di Jalan Pedada.

Menurut beliau, dalam satu serbuan Op Dadu Khas yang dilaksanakan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diketuai ASP Taruna Madian pada jam 1.50 petang itu, kesemua subjek melakukan aktiviti terlarang dengan berjudi di dalam premis sekali gus gagal mempraktikkan penjarakan fizikal.

Sebelum serbuan, katanya, pasukan serbuan mendapati pintu utama di tingkat satu tertutup namun bunyi buah mahjung dapat didengar dengan jelas dari bawah.

“Ketika pintu dibuka, subjek tidak sedar kerana asyik bermain mahjung dan tersentak melihat kelibat kita muncul.

“Antara rampasan yang kita ambil sebagai bahan bukti ialah 280biji buah mahjung, 100 keping cip, lapan kerusi plastik dan dua meja kayu,” ujar beliau.

Bagaimanapun, tegas beliau, kesemua mereka tidak dimasukkan ke lokap selepas dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesesakan lokap dan risiko jangkitan Covid-19.

“Kesemua subjek didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan turut disiasat di bawah Peraturan 11 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 4) 2021 kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal dan terlibat dalam aktiviti perjudian haram,” tambah beliau.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai