
Jais Sahok
Dialah guru
berselimut jiwa insani
pengasih
prihatin tanpa sisih
penyayang bagai bintang gemilang
pemicu fikiran berilmu
tanpa lelah dia bermadah
‘tamadun ini kita gugah
kerana kehidupan ini
di negara kita ini
kehidupan kita’.
Di setiap hadir muridnya
dinyanyikannya dendang
‘kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin’
walau dicaci disalah erti
dia tetap simpati
mengatur jari-jemari empati
untuk terus menusuk ke hati
anak ibu pertiwi
sepenuh hati dan budi.
Di sekolah amanahnya gagah
dialah bapa yang berkuasa
dialah ibu yang insani
memangku sumpah madani
penuh kasih tanpa jenuh
tanpa keluh.
Dialah guru insani
pemangkin generasi madani
di negara yang disanjungi
berdiri sama tinggi
menjulang nama ibu pertiwi
ke langit paling tinggi.
Jais Sahok
Kuching
15 Mei 2023.