ARTIKEL

Dibenar beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Waktu operasi bagi semua sektor ekonomi yang dibenarkan dibuka di Sarawak adalah dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.

“Waktu operasi ini bergantung kepada perniagaan tertentu, misalnya premis menjual bahan binaan buka dari jam 8 pagi hingga 5 petang…itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JPBN Sarawak mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Bangunan DUN lama, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan timbalan pengerusi JPBN Sarawak Datu Ik Pahon Joyik.

Manakala sektor perhotelan, Uggah yang juga pengerusi JPBN Sarawak berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diperhalusi dan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan Sarawak dalam masa terdekat.

Sementara bagi mengelak gelombang kedua yang berlaku seperti di Singapura danKorea Selatan, beliau berkata semua pelajar dan rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan di Kuarantin di rumah selama 14 hari di bawah Akta 342 dan dipasangkan “Wristband” bagi tujuan pemantauan.

“Untuk makluman sektor ekonomi yang telah dibuka, pemakluman adalah bertujuan menentukan supaya sektor-sektor yang telah beroperasi dapat mengamalkan Garis Panduan dan SOP yang akan menyeimbangkan aktiviti ekonomi dan kesihatan.

“Manakala pasukan penguatkuasaan akan memantau dan membantu bagi melicinkan pelaksaan SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

https://suarasarawak.my/2020/05/12/garis-panduan-untuk-pembukaan-semula-ekonomi-dan-sosial-negeri-sarawak-semasa-perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat-pkpb-covid-19/

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha