ARTIKEL

Didakwa bunuh isteri, lelaki berdepan hukuman mati atau penjara 30 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Mohd Khairudin Safi’ai, 37, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Menurut pertuduhan, dia membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang pada 15 Okt lepas.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun, selain sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati seperti dilapor Bernama.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, manakala mahkamah menetapkan 22 Dis ini untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat.

BERITA LAIN

PERKIM perlu manfaat platform digital dekati golongan muda

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) perlu menyesuaikan pendekatan dakwah dengan perkembangan semasa termasuk memanfaatkan platform digital dan media sosial bagi memperluas penyampaian ilmu serta

BERITA TERBARU

Bukan sekadar berkarya

Selalunya kita bercakap soal peranan persatuan penulis dalam memperkasakan agenda bahasa dan sastera. Jarang sekali kita menyoroti peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh ahli persatuan