ARTIKEL

Gambar Hiasan

Didenda RM800 kerana curi sebotol wain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM800 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menyimpan harta curi sebotol arak wain milik sebuah restoran di Gala City, awal Oktober lalu.

Belawan Sataw, 35, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan di bacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki minuman tersebut di sebuah rumah di Lorong Laksamana Cheng Ho, kira-kira jam 2.30 pagi, 6 Oktober lalu.

Menurut fakta kes, pada 14 September lalu, sekitar jam 2 petang, pengadu merupakan ahli perniagaan menyedari barang-barang dalam kedainya telah dipecah masuk melalui pintu sebelah tangga.

Antara barang-barang yang hilang ialah beberapa botol arak pelbagai jenama, seunit set karoeke, seunit mesin cetak, mesin juruwang, dan sebuah telefon pintar.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada 6 Oktober lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menyimpan harta curi iaitu sebotol arak wain dengan dia sendiri menunjukan kepada pihak polis lokasi penyimpanan barang-barang curi.

Selain itu, pengadu juga mengecam barang kes merupakan milik restorannya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh turut dijatuhi hukuman denda RM3,000 atas kesalahan di bawah Seksyen yang sama kerana memiliki harta curi sebuah komputer riba.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan Belawan dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyimpan harta curi sebuah komputer riba milik seorang wanita berusia 28 tahun di hadapan sebuah pusat beli belah terkemuka di Jalan Rock, sekitar jam 1 pagi, 6 Oktober lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang dan Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU