ARTIKEL

Dijangka dua juta akses e-LATiH menjelang hujung tahun ini – Saravanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menjangkakan platform e-LATiH dapat dimanfaatkan oleh kira-kira dua juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan semalam, seramai 5,240 rakyat Malaysia telah mendaftar dan mula memanfaatkan kursus melalui platform itu.

“Saya berasa gembira kerana rakyat Malaysia telah merebut peluang ini dan memanfaatkan pengetahuan tersebut dengan baik, dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat menyesuaikan diri serta bersedia menerapkan teknologi dalam norma pembelajaran baharu.

“Jumlah pengguna yang menggunakan platform e-LATiH ini dijangka mencecah satu juta pada akhir Jun 2021 dan dijangka bertambah kepada dua juta pengguna menjelang akhir 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) melancarkan hab e-pembelajaran baharu e-LATiH yang menyediakan akses kepada pelbagai kandungan berasaskan pendidikan dan pembangunan kemahiran, dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh penularan COVID-19 menghadapi masa depan.

e-LATiH yang merupakan usaha sama di antara HRDF dan Go 1, antara pengagregat e-pembelajaran antarabangsa terbesar, tersedia untuk semua rakyat Malaysia bermula semalam hingga 5 Feb 2022.

Sementara itu, Saravanan berkata beliau telah mengarahkan HRDF untuk memperbanyakkan kandungan bagi dimuat naik ke platform e-LATiH setiap minggu selain penambahan kandungan dibuat dalam Bahasa Malaysia dan bahasa lain pada akhir bulan ini.

“Ini bagi memastikan lebih daripada 1,000 kursus tersedia untuk semua rakyat Malaysia secara percuma,” katanya, menambah e-LATiH membolehkan HRDF memantau penggunaan serta mengetahui bidang kursus yang diminati rakyat Malaysia, sekali gus merancang dan menyediakan lebih banyak kursus yang mempunyai permintaan tinggi.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, HRDF akan menambah lebih banyak ciri-ciri lain termasuk menghubungkan platform e-LATiH ke laman web pekerjaan dan laman UpskillMalaysia yang diselaraskan oleh HRDF, katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.