ARTIKEL

Dilengkapi tandas, pos kawalan sekatan jalan raya mesra petugas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Akhirnya pos kawalan sekatan jalan raya (SJR) di Sibu Jaya dilengkapi tandas mudah alih bagi memudahkan petugas barisan hadapan bertugas pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut sumber dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang bertanggungjawab terhadap kawasan Sibu Jaya berkata, setelah berusaha mencari selama dua hari, akhirnya mereka berjaya mendapatkan bantuan kemudahan mobile toilet (VIP) daripada Majlis Daerah Matu Daro (MDMD).

“Terima kasih kepada pihak MDMD di atas keprihatinan keperluan kami di Sibu Jaya.

“Jasa baik MDMD, amatlah kami hargai, selaras dengan ‘6 values of SCS’ dan cogan kata, ‘An Honour To Serve’,” katanya di sini sebentar tadi.

KESAN…Pasukan petugas KKM ketika melakukan ujian saringan calitan COVID-19 dari rumah ke rumah bagi kawasan PKPD di Sibu Jaya.

Dengan adanya kemudahan tersebut, ujar beliau, ia sudah pastinya memudahkan para petugas barisan hadapan bertugas selama 24 jam di tiga SJR keseluruhan di Sibu Jaya.

“Keceriaan wajah barisan hadapan yang bertugas 24 jam nyata kelihatan selepas ini. Kemudahan tandas bergerak itu (seunit) sudahpun tiba semalam dan dijangka dua unit lagi akan tiba pada hari ini,” katanya.

Beliau memberitahu, keluasan lokasi PKPD di rumah pangsa dan Town Villa Sibu Jaya bukanlah kawasan yang kecil.

Sementara itu, melalui tinjauan MDLBS semalam (Ahad) pasukan petugas KKM telah mengadakan ujian saringan calitan COVID-19 dari rumah ke rumah dan turut berkeja tidak kira cuaca hujan dan panas.

“Kami dapat melihat komitmen dan usaha mereka (petugas KKM). Sesungguhnya, mereka bertekad untuk menghapus rantaian COVID-19.

“Mereka bertugas sehingga lewat petang dan semalam mereka selesai pada jam 7.30 malam.

“Dan hari ini (Isnin), mereka sudah mula berkumpul pada jam 7.30 pagi lagi,” jelas beliau.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia