ARTIKEL

Dion semasa Kejohanan Seni Persembahan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.

Dion Das ke Amerika Syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penari cilik Sarawak, Dion Das Louis, bersedia mengharumkan nama Malaysia menerusi persembahan tarian tradisi kaum Iban, ngajat dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia ke-27 (WCOPA) 2024.

Dion yang lebih dikenali sebagai “Little Borneo Birdie” bakal terbang ke Amerika Syarikat pada penghujung bulan Jun depan, untuk berentap dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai, bertempat di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu terpilih ke WCOPA setelah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.

Menurut bapanya, Louis Lansam, anaknya yang merupakan murid tahun dua di SK Green Road di sini, mempunyai bakat semula jadi yang diwarisi dalam tarian kebanggaan dan warisan masyarakat Iban itu.

“Elemen persembahan tarian Dion dipengaruhi dan diinspirasikan daripada dua jenis burung kebanggaan Borneo, iaitu burung Ruai dan burung Kenyalang.

“Malah koreografi tariannya juga meniru keindahan pergerakan tertentu kedua-dua burung itu ketika ia terbang menjelajah jauh ke hutan di pedalaman negeri.

“Di samping kostum tradisionalnya juga diinspirasikan dan digambarkan dengan elegan daripada burung kebanggaan Sarawak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke atas Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, hari ini. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Dion dan ibunya, Edina Lanying.

Sementara menurut Edina, anak itu juga sering dijemput untuk mengadakan persembahan pada majlis-majlis besar di bandar raya ini.

“Saya rasa Dion mewarisi bakat itu daripada datuk saya yang juga penari ngajat iringan dari Nanga Entabai di Pakan di Bahagian Sarikei,” ujarnya.

Kedua-dua ibu bapa Dion juga bakal menemaninya ke kejohanan tersebut kelak, dan ketika ini mereka sedang rancak melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi pertandingan berkenaan.

Sementara Uggah dalam ucapan ringkasnya menyatakan amat gembira apabila mengetahui bahawa Dion bakal menyertai kejohanan bertaraf dunia.

“Saya sangat gembira kerana anak cilik daripada komuniti kita boleh berjaya sehingga ke peringkat dunia,” tambahnya.

Untuk rekod, dalam pertandingan pada Januari lalu, Dion berjaya mengalahkan kesemua peserta dalam kategori kanak-kanak menerusi tarian ‘The Little Bornean Birdie’ yang diinspirasikan daripada burung Ruai, Kenyalang dan ngajat Iban.

Dion ditemani ibu dan bapanya mengadakan kunjungan ke atas Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan