ARTIKEL

Lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki mengugut untuk mencederakan dan membunuh suami seorang wanita serta mengancam keselamatan keluarganya, semalam.

Direman empat hari, lelaki disyaki ugut bunuh suami wanita di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki mengugut untuk mencederakan dan membunuh suami seorang wanita serta mengancam keselamatan keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Jalan Selangau-Mukah, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila suspek, 41, yang dipercayai mabuk datang menemui pengadu, seorang wanita berusia 31 tahun.

Menurutnya, suspek bertanya tentang individu yang didakwa mahu membuangnya daripada pekerjaan sebelum mengeluarkan ugutan terhadap suami pengadu dan mengancam keselamatan keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suami pengadu dan kedua-duanya bekerja sebagai pemotong rumput secara kontrak.

“Suspek dipercayai telah lama tidak hadir bekerja dan beranggapan dirinya telah dibuang kerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan laporan polis yang diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berjaya menahan suspek pada hari yang sama.

Suspek turut dipercayai mabuk ketika ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman terhadap suspek diluluskan Mahkamah Majistret Mukah selama empat hari sehingga 28 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan ugutan atau mengancam keselamatan orang awam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empangan melata dikaji manfaat aliran sungai Sarawak

SIBU: Sarawak berusaha meningkatkan kesedaran mengenai potensi pembangunan empangan melata sebagai pendekatan memanfaatkan aliran sungai untuk menjana tenaga boleh diperbaharui serta meneroka kaedah mengurus konflik