ARTIKEL

Johnny Pang memukul gong sebagai simbolik perasmian Ceramah Jenayah Siber dan Jenayah Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bintulu dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) pada Sabtu.

Masyarakat perlu berwaspada terhadap penipuan siber berteknologi AI – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat perlu berwaspada terhadap jenayah siber yang semakin canggih, termasuk penipuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dengan mengesahkan kesahihan maklumat sebelum melakukan transaksi kewangan atau mendedahkan maklumat peribadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata kesedaran mengenai keselamatan digital penting bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa pelbagai modus operandi penipuan yang semakin sukar dikesan.

Johnny Pang menyantuni peserta Ceramah Jenayah Siber dan Jenayah Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bintulu dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) pada Sabtu.

Menurutnya, penjenayah sering memanipulasi emosi mangsa dengan mencetuskan rasa panik dan takut atau mengambil kesempatan atas kepercayaan mereka untuk mendorong tindakan terburu-buru tanpa membuat pengesahan.

“Penipu mahu kita panik dan bertindak dengan cepat. Jadi, apabila melibatkan wang atau maklumat peribadi, jangan panik, jangan terburu-buru dan semak dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ceramah Jenayah Siber dan Jenayah Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bintulu dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sabtu lalu.

Johnny Pang berkata, perkembangan teknologi yang pesat bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membuka ruang kepada penjenayah untuk memperluas kegiatan mereka menerusi pelbagai platform digital.

Katanya, antara taktik yang sering digunakan ialah penyamaran sebagai pegawai polis atau bank, penawaran skim pelaburan palsu serta penipuan jual beli dalam talian.

“Lebih membimbangkan, teknologi AI boleh disalahgunakan untuk menghasilkan suara dan imej palsu yang kelihatan meyakinkan, sekali gus menyukarkan orang ramai membezakan komunikasi sebenar daripada penipuan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan lebih 8,500 kes jenayah siber dari 2024 hingga September tahun ini, dengan jumlah kerugian hampir RM290 juta.

Menurutnya, kerugian itu bukan sekadar angka statistik, sebaliknya boleh menjejaskan simpanan persaraan, dana pendidikan anak-anak, modal perniagaan serta kewangan keluarga yang dikumpulkan selama bertahun-tahun.

Katanya, jenayah siber boleh menyasarkan sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau tahap pendidikan, termasuk warga emas, golongan muda dan individu yang mempunyai pekerjaan tetap.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru memenuhi permintaan pembayaran atau menyerahkan maklumat peribadi, terutama apabila berhadapan dengan ugutan atau desakan supaya bertindak segera.

“Sebarang permintaan mencurigakan hendaklah disahkan melalui saluran rasmi sebelum tindakan diambil bagi mengelakkan kerugian kewangan dan penyalahgunaan identiti,” tambahnya.

Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bintulu, Lennom Sanom, menyampaikan cenderamata kepada Johnny Pang.

BERITA LAIN

Wanita rugi RM192,000 diperdaya sindiket penipuan

KUCHING: Hasrat seorang wanita berusia 61 tahun untuk membersihkan namanya daripada dakwaan terbabit dalam pengubahan wang haram bertukar mimpi ngeri apabila dia kerugian RM192,000 selepas

BERITA TERBARU