ARTIKEL

Polis Kota Samarahan periksa 104 kenderaan dalam operasi tengah malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Empat lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Kota Samarahan–Tabuan Jaya selepas tiga daripada mereka disahkan positif dadah manakala seorang lagi positif alkohol pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

Menurutnya, operasi yang berlangsung dari jam 11 malam hingga 2 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 104 kenderaan dan 115 individu untuk mengesan kesalahan trafik serta penyalahgunaan dadah dan alkohol.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 19 saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tiga lelaki ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amfetamina dan metamfetamina.

Dalam operasi sama, beliau berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun turut ditahan selepas disahkan positif menerusi ujian saringan alkohol.

Mohd Irwan turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengelakkan pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Pematuhan terhadap peraturan jalan raya penting bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU