ARTIKEL

Disangka rakan, rupanya scammer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 49 tahun kerugian RM104,310 selepas diperdaya scammer yang menyamar sebagai rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada individu yang dipercayai rakannya pada 13 Ogos lalu ketika berada di pejabat.

Katanya, suspek meminta bantuan mangsa membuat bayaran terlebih dahulu bagi pembelian barangan.

“Mangsa yang percaya kemudian membuat empat transaksi ke tiga akaun bank berbeza antara 13 hingga 15 Ogos berjumlah RM104,310.

“Pada 15 Ogos, mangsa dimaklumkan rakannya bahawa akaun WhatsApp miliknya dipercayai digodam dan menafikan pernah meminta mangsa membuat transaksi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU