ARTIKEL

K. Saraswathy

Diskusi agama bersifat provokatif, KPN akan panggil pihak terlibat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memanggil pihak yang dikenal pasti terlibat dalam diskusi agama bersifat provokatif menerusi media sosial untuk menghadiri satu perbincangan bersemuka dalam masa terdekat sebagai langkah memperbaiki suasana keharmonian dalam negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy dalam satu kenyataan hari ini berkata sesi berkenaan turut diharap dapat menggalakkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selain memastikan isu berbaur provokatif agama tidak berulang pada masa akan datang.

Beliau berkata ia antara perkara dipersetujui Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang ketika pertemuan pihak kementerian itu dengan wakil Malaysia Hindu Sangam (MHS) di sini hari ini.

“Menteri (Aaron) menekankan bahawa KPN sentiasa mengambil berat serta menggalakkan persefahaman dan sifat hormat antara penganut agama untuk memastikan setiap individu dapat mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dengan aman.

“KPN ingin menekankan bahawa keupayaan seluruh rakyat meraikan kemajmukan etnik, kepelbagaian agama serta kekayaan budaya dan tradisi menjadi tunjang kekuatan negara,” katanya.

Menurut Saraswathy, inti pati pertemuan KPN dengan MHS antara lain menyentuh isu berkaitan kenyataan berbaur kebencian dan penghinaan agama menerusi media sosial yang disifatkan amat provokatif selain menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jurang generasi

MINGGU lalu, pojok saya bertajuk Jangan Menekan-nekan turut merujuk kepada sedutan video ceramah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin, yang membincangkan generasi strawberi.

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan