ARTIKEL

Kredit foto: Ima Aimi Nadia Ibrahim

Dituduh curi motosikal, remaja diseksa hingga maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Dakwaan mencuri motosikal dipercayai menjadi motif seorang remaja lelaki, Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, dikurung dan diseksa sehingga maut sebelum mayatnya ditemukan di tepi Jalan Harvard, Gurun, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan hentakan objek tumpul pada kepala selepas dikurung selama dua hari di rumah salah seorang suspek.

Menurut beliau, mangsa ditangkap di Pendang pada 5 Oktober lepas akibat kemarahan suspek utama berusia 24 tahun sebelum dipukul, diseksa dan digunting rambut sehingga disahkan meninggal dunia pada malam 7 Oktober sebelum mayatnya dibuang ke tepi jalan.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seramai 14 lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun di sekitar Gurun serta Guar Chempedak dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berasingan, pihak polis kini giat mengesan dua lelaki iaitu Muhammad Raffi Yusrino, 28, dan Zulfikrie Naaim Morhinino, 36, bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh anggota polis semasa Op Pintas di Plaza Tol Hutan Kampung seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU