ARTIKEL

Sagah bersama-sama Annuar serta yang lain merakam gambar dengan para guru yang menyertai SELES 2026 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. - Gambar Ghazali Bujang

DLP Sarawak Diperluas Ke Tingkatan Satu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Dwibahasa (DLP) Sarawak kini diperluas ke tingkatan satu, setelah mencapai pelaksanaannya di semua peringkat sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh pengajaran dan pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Tahun ini menandakan tahun ketujuh pelaksanaan DLP Sarawak. Lebih penting lagi, pada 2026, DLP Sarawak dilaksanakan di semua peringkat sekolah rendah dan kini diperluas ke tingkatan satu.

“Walaupun perhatian sering diberikan kepada guru Sains dan Matematik, kita perlu mengiktiraf bahawa kejayaan DLP Sarawak bermula dengan pengajaran Bahasa Inggeris yang mantap.

“Guru Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam membina asas yang membolehkan pelajar memahami konsep, mengakses sumber pembelajaran dan berkomunikasi dengan yakin dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak Ke-10 (SELES) 2026 di sini, hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) Dr Les Met.

Sagah menegaskan penguasaan bahasa Inggeris kekal sebagai pemangkin penting dalam merealisasikan aspirasi Sarawak melangkah ke arah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu inovasi, dengan memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja cekap dari segi teknikal, malah mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan yakin di peringkat global.

Justeru, beliau menegaskan sempena SELES 2026 yang memasuki penganjuran kali ke-10, semua pihak terlibat harus terus berganding bahu memperkukuh pendidikan Bahasa Inggeris, menyokong pelaksanaan DLP Sarawak dengan jayanya serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk para pelajar.

“Apabila anda kembali ke sekolah masing-masing, jangan simpan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang simposium ini untuk diri sendiri. Kongsikan bersama-sama rakan sejawat, adakan sesi perkongsian profesional, bimbing guru muda dan bantu membina budaya pembelajaran berterusan di sekolah masing-masing,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan