MENERUSI perkongsian video oleh ibu mentua Aaliyah Massaid iaitu Geni Faruk pada Rabu lalu memperlihatkan Geni mengusap perut Aaliyah sambil mendoakan bayi di dalam kandungan tersebut.
Kongsinya, dia mendoakan agar menantu dan cucunya itu diberikan perlindungan dan diberikan kesihatan.
“Aku berlindung dengan kekuasaan Allah, moga diberikan kesihatan,” ujarnya sambil mengusap perut Aaliyah.
Aaliyah dan Thariq mendirikan rumah tangga mereka pada 26 Julai 2024 dan mengumumkan kehamilan anak sulung mereka pada 23 Januari lalu.



