Doktor keluarkan kutu dari mata

Chris Prater bekerja di sebuah syarikat elektrik dan memandangkan dia sering kali melakukan tugasan di dalam hutan, dia akan menyembur dirinya dengan penghalau serangga.

Selepas selesai melakukan tugasan di dalam hutan, matanya berasa sakit secara tiba-tiba.

Dia kemudiannya berjumpa dengan doktor mata dan selepas memeriksa matanya, doktor tersebut memberitahu di dalam matanya ada seekor kutu.

Doktor tersebut kemudiannya menyuntik mata Prater dengan ubat pelali dan mengeluarkan kutu itu menggunakan penyepit.

Menurut Prater, sebaik sahaja kutu itu ditarik keluar ia mengeluarkan bunyi ‘pop’.

Doktor kemudiannya memberi ubat anti-biotik dan pencuci mata kepadanya.