ARTIKEL

Doktor pelatih wanita maut dalam bilik asrama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 9.55 pagi sebelum pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Kuala Krai ke lokasi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air asrama.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai menerusi talian 09-966 6222 bagi membantu siasatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu