ARTIKEL

Doreen Choo dilantik CEO Kumpulan AFFIN PHEIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Doreen Choo Choy Wan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN PHEIM Asset Management Group berkuat kuasa 23 Oktober 2026.

Pelantikan itu dijangka memperkukuh kedudukan AFFIN PHEIM dalam industri pengurusan aset dan kekayaan, selain menyokong usaha Kumpulan AFFIN meningkatkan pendapatan berulang serta mengembangkan perniagaan pengurusan pelaburannya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pengalaman, kepakaran industri dan visi strategik Doreen akan membantu memacu pertumbuhan kumpulan berkenaan.

Doreen mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam industri pengurusan aset di Malaysia, meliputi pengurusan pelaburan, strategi portfolio dan pembangunan perniagaan.

Dalam peranan baharunya, beliau akan memberi tumpuan kepada peningkatan aset di bawah pengurusan (AUM), pertumbuhan perniagaan yang mampan dan menguntungkan serta pengukuhan kedudukan AFFIN PHEIM dalam industri berkenaan.

Antara keutamaannya termasuk memperluas bahagian pasaran, memperkukuh perniagaan pelanggan institusi dan runcit, meningkatkan keupayaan pengedaran, mendapatkan mandat strategik serta menawarkan penyelesaian pelaburan yang memenuhi keperluan pelanggan.

Wan Razly berkata, matlamat kumpulan bukan sekadar meningkatkan AUM, tetapi juga membangunkan perniagaan pengurusan aset yang berdaya saing, berprestasi tinggi dan mampu menjana keuntungan secara mampan.

Menurutnya, kekuatan Kumpulan AFFIN, termasuk akses kepada rangkaian pelanggan lebih luas dan keupayaan pengedaran yang mantap akan dimanfaatkan bagi meneroka peluang pertumbuhan baharu serta meningkatkan nilai kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Usaha itu selaras dengan Pelan AFFIN Axelerate 2028 yang berteraskan tiga tonggak utama, iaitu perkhidmatan pelanggan unggul, kepimpinan digital dan perbankan bertanggungjawab yang memberikan impak.

Doreen memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi dengan Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Malaya.

Beliau juga merupakan pemegang piagam Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA), selain memiliki Sijil Pelaburan ESG CFA dan pensijilan Advanced Responsible Investment Analysis daripada Principles for Responsible Investment (PRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

AFFIN PHEIM merangkumi AFFIN PHEIM Islamic Asset Management Sdn Bhd dan AFFIN PHEIM Unit Trusts Berhad, yang beroperasi di bawah kumpulan pengurusan aset berkenaan.

BERITA LAIN

PRN-13 peluang rakyat nilai prestasi GPS

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi

GPS perlu teruskan agenda pembangunan negeri

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri di bawah

BERITA TERBARU

Kestabilan, rekod pembangunan jadi kekuatan GPS

KUCHING: Kestabilan politik dan rekod pembangunan meletakkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada kedudukan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, namun gabungan itu perlu