AHLI kumpulan NCT Doyoung berkongsi pandangan jujur berkenaan kehadiran ulat tiket dalam industri muzik.
Terdapat segelintir individu baik peminat atau bukan membeli tiket persembahan dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi.
Dia meluahkan kemarahan terhadap ulat tiket yang dikatakan mengeksploitasi peminat untuk kepentingan diri.
“Saya tidak puas hati terhadap pembeli tiket untuk keuntungan dengan menjual semula kepada peminat sejati yang ingin melihat persembahan,” jelasnya menerusi program bual bicara Korea Selatan, Master in the House 2.
Tambahnya, hati dan usaha peminat untuk datang ke konsert merupakan perkara tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dengan wang.



