ARTIKEL

Awang Tengah (kanan) menyampaikan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Sharifah Hasidah di DUN Sarawak, hari ini. - Foto: JaPen Malaysia

Dr Abdul Rahman, Sharifah Hasidah terima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, mendahului senarai 66 individu yang menerima Pingat Peringatan Jubli Intan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Penganugerahan tersebut sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Dr Abdul Rahman dan Sharifah Hasidah masing-masing menerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas).

Awang Tengah (kanan) menyampaikan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Dr Abdul Rahman di DUN Sarawak, hari ini. – Foto: JaPen Malaysia

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang diiringi isteri, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mortadza Nazarene, mengetuai senarai penerima Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak).

Turut menerima pingat sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan Ya Hua, Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak, Datuk Ronnie Edward, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Datuk Johnathan Lugoh, Pengerusi Zecon, Datuk Hamzah Drahman, serta beberapa penerima lain.

Antaranya Datuk Wan Alwi Datuk Seri Wan Hashim, Datuk Kameri Affandi, Datuk Maria Hasman, Datuk Sulaiman Husaini, Datuk Anthony Nogeh Gumbek, Datuk Dr Zaiedi Suhaili, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk Abang Shamshudin Abang Seruji, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, Liew Jiu Ming, Robert Menua Saleh, Semawi Mohamad dan Bibiana Ng Pei Chin.

Manakala Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Gangsa) diterima 45 penerima, yang didahului Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie.

Beliau diikuti oleh Datuk Hasmawati Sapawi, Datuk Jack Liam, dan Datuk Georgina Apphia Ngau serta penerima lain.

Antaranya, Caroline Cleophas Joseph, Mahra Salleh, Zainal Abidin Abdullah, Joseph Lim Jit Sek, Sapiah Daud, Awang Zamhari Awang Mahmood, Ir Ts Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Ahmad Sukarno Saini, dan Mohamad Lofti Tuah.

Selain itu Jasni Jubli, Steve Ritikos, Abdul Halim Abang Naili, Norizan Jili, Abang Noraffian Abang Ibrahim, Dr Ipoi Datan, Tuah Suni, Sebi Abang, Shukarmin Chasemon, Samat Junai, Jack Meredu Ko, Sim Kok Kee, Hamdiah Bakir, Bibiana Maria Pek dan Lo Sheau Sia.

Turut menerima pingat sama, Mustapha Adenan, Abu Bakar Sepawi @ Sapawi, Rusmaliza Mat Idrus, Nur Alina Abdullah, Hairani Mohamad Ismail, Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim, Syed Mohamad Fauzi Shahab, Robert Liman Deli dan Shafrie Saili.

Penerima lain ialah Christopher Ranggau Unting, Charlie Keling, Abang Zainuddin Abang Turkey, Juan Ubit, Badjuri Bidin, Marie Cotilla Louise, Temenggong Elizabeth Deng, dan Temenggong Richard Mulok Entring.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah