BINTULU: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Enn Ong Siok Ean mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina di kediaman beberapa pemimpin masyarakat Cina, ahli perniagaan dan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, hari ini.
Antara yang dikunjungi termasuk Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu, Kong Chioung Ung di Taman Tinggi disusuli kediaman Penghulu Chai Siong Pian di Lucky Garden, Jalan Tanjung Batu.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta isteri kemudiannya meneruskan kunjungan TBC ke kediaman Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar Bahagian Bintulu, Chin Chee Fui di Pearl Garden, Jalan Sibiyu.
Diikuti kediaman Setiausaha Kehormat Gabungan Persatuan Cina Malaysia Datuk Dr Wong Aik Loung di Taman Bintulu, Jalan Tanjung Batu diikuti
Dr Sim serta isteri mengakhiri kunjungan ke kediaman ADUN Tanjong Batu merangkap pengerusi SUPP Bintulu, Johnny Pang Leong Ming di Good Park, Jalan Tanjung Batu sebelum berangkat pulang ke Kuching pada petang ini.
Pada sebelah pagi, Sim menyertai Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri sambutan Rumah Terbuka TBC SUPP Bintulu yang diadakan di Restoran Dinner World Bintulu.
Kehadiran sekitar 2,500 masyarakat berbilang kaum dan latar belakang budaya memeriahkan lagi acara tahun kedua diadakan itu.



