ARTIKEL

Dr. Stephen Rundi Mohon Maaf Kepada Mangsa Banjir Sebauh: ‘Kami Akan Lakukan Lebih Baik!’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Utom memohon maaf kepada semua mangsa banjir di Sebauh sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penyaluran bantuan serta perkhidmatan sepanjang tempoh bencana berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan sebarang kelemahan yang dikenal pasti sepanjang pengurusan banjir akan dijadikan asas penambahbaikan pada masa hadapan.

“Pengalaman ini akan dijadikan pengajaran penting untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta menambah baik mekanisme pengurusan bencana, khususnya melibatkan penyelarasan bantuan di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semua mangsa banjir yang sebelum ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Sebauh dan Dewan Sri Kemena SMK Sebauh telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Sabtu lalu selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Menurut beliau, penutupan PPS dilakukan selepas pihak berkuasa mengesahkan situasi di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dan Miri, agensi berkaitan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta penduduk setempat atas kerjasama dan komitmen sepanjang tempoh krisis tersebut.

Dalam kenyataan sama, beliau menegaskan keutamaan kerajaan negeri kekal tertumpu kepada kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain mengingatkan agar tiada pihak mengambil kesempatan dalam situasi bencana.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai