ARTIKEL

Dron polis pantau pematuhan SOP di kawasan tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Teknologi dron turut digunakan untuk memantau serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.

Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Supt Rasha Azaldin Shafii berkata, hebahan dan pemantauan udara di tempat tumpuan awam dibuat supaya orang ramai mematuhi SOP ditetapkan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Penugasan dron masih berjalan seperti biasa tetapi sekarang fokusnya adalah pematuhan terhadap SOP kerana kita (polis) mahu orang ramai mematuhi SOP seperti mengamalkan jarak sosial,” katanya kepada Bernama hari ini.

Teknologi dron mula diperkenal pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia diguna pakai sepenuhnya oleh anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyampaikan maklumat selain memantau pergerakan orang ramai.

Dron, yang digunakan oleh kedua-dua pasukan keselamatan itu dilengkapi dengan pembesar suara yang akan menghebahkan pesanan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil, kepada orang ramai agar sentiasa berada di rumah.

Pada Selasa, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 15 agensi kerajaan termasuk ATM; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diberi kuasa untuk pelaksanaan pematuhan serta penguatkuasaan sepanjang PKPB.

Menurut Ismail Sabri, pendekatan yang akan diambil pasukan berkenaan adalah untuk memberi nasihat kepada orang ramai dan sektor industri serta memberi amaran jika tahap pematuhan masih tidak memuaskan.

Dalam pada itu, Rasha Azaldin berkata teknologi dron juga digunakan untuk membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pengawasan udara di sempadan dan maritim negara.

“Pemantauan ini dibuat khusus untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini,” katanya.  – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha