ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif LABSB Bibi Umizah Osman mewakili LCDA menerima kedua-dua anugerah.

Dua Anak Syarikat LCDA Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) mengukir kejayaan di peringkat antarabangsa apabila dua anak syarikat milik penuhnya, LCDA Holdings Sdn Bhd (LHSB) dan LCDA Agri Business Sdn Bhd (LABSB), menerima pengiktirafan pada Asia Winner Awards Night Ceremony 2026 di Jakarta.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Mediatama Awards Management, bertempat di Holiday Inn & Suites Jakarta Gajah Mada.

Ketua Pegawai Eksekutif LABSB Bibi Umizah Osman mewakili LCDA menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Naib Pengerusi Mediatama Management Leo Setiawan S.E.

“LHSB dianugerahkan Asian Best Choice Enterprise and Reputable Corporate
Services Provider Award 2026 sebagai pengiktirafan ke atas kecemerlangan
prestasi dan penyampaian perkhidmatan korporat yang berkualiti tinggi.

“LABSB menerima Asia Best Choice Agricultural Activities Plantation
Development Award 2026 sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian dalam aktiviti pertanian dan pembangunan perladangan, serta sumbangannya dalam memajukan amalan agribisnes yang mampan,” kata LCDA dalam satu kenyataan.

LCDA berkata, kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan lembaga tersebut dalam memacu inisiatif pembangunan mampan yang berimpak tinggi serta menyampaikan nilai merentas portfolio organisasinya.

Menurutnya, Anugerah Asia Winner Awards ini ditentukan melalui proses penilaian yang ketat oleh panel juri dengan sokongan persatuan profesional dan wakil media.

“Penilaian dibuat berdasarkan kriteria utama seperti kualiti, prestasi, tanggungjawab dan keberkesanan.

“Penilaian ini turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan
termasuk orang awam, pihak pengurusan organisasi dan pelabur bagi memastikan
proses pemilihan yang menyeluruh serta berintegriti,” katanya.

Asia Winner Awards Night Ceremony 2026 merupakan platform bagi menghargai
organisasi yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan kecemerlangan merentas
pelbagai industri di peringkat Asia.

Pencapaian terbaharu ini turut memperkukuh pengiktirafan LCDA di peringkat serantau, susulan kejayaannya di Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards 2025 di Bali, Indonesia baru-baru ini apabila menerima Community Initiative Award, sekali gus menzahirkan komitmen LCDA dalam pembangunan komuniti dan pertumbuhan mampan.

Para pemenang Asia Winner Awards merakam foto kenangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU