ARTIKEL

Gambar hiasan Freepik.com

Dua anggota polis disyaki terlibat kes rogol didakwa hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Dua anggota polis yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta akan didakwa di Mahkamah Ampang hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata proses pendakwaan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kedua-dua anggota polis itu akan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK) dan seorang daripada mereka akan turut dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 377C KK, Seksyen 377CA KK dan Seksyen 376(1) KK.

“Kedua-dua anggota polis akan dituduh pada 2 petang esok, selain, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan ditahan kerja serta-merta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menegaskan tiada sesiapa akan dilindungi jika terlibat dengan jenayah dan setiap kes akan disiasat serta dibawa ke muka pengadilan.

Pada 11 Jan lepas, Bernama melaporkan dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, Kuala Lumpur.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha