ARTIKEL

Dua anugerah Malaysia Book of Records sempena Sambutan Minggu Perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perpaduan telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi dua kategori sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023.

Dua kategori tersebut ialah peserta paling ramai memakai pakaian etnik dalam satu program dan penyertaan kumpulan etnik paling banyak dalam pameran kebudayaan.

PELBAGAI kumpulan etnik hadir mempamerkan busana masing-masing sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023.

Anugerah tersebut telah diserahkan oleh Malaysia Book of Records diwakili Penganalisis Penyelidikan Siti Nurhanim Mohd Noh dan Eksekutif Akaun Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurut Aaron, pengiktirafan rekod bagi kedua-dua kategori ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan sijil sahaja, tetapi membuktikan keakraban, keharmonian dan jalinan perpaduan yang sangat utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Walaupun melihat keapda kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Inilah yang dinamakan erti perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah