ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua Bekas Pekerja Klinik Didakwa Sebabkan Kematian Wanita Semasa Lakukan Pengguguran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua bekas pekerja wanita sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita semasa melakukan pengguguran, dua tahun lepas.

Philomena Mathias, 83, dan Rusbur Kaur Partab Singh, 73, didakwa bersama-sama menyebabkan kematian seorang wanita berusia 45 tahun, yang kematian itu disebabkan oleh perbuatan dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran.

Kedua-dua wanita warga emas itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah klinik di Jalan Changkat Bukit Bintang, pada 5.30 petang, 22 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 Jun ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri manakala kedua-dua wanita itu diwakili peguam George Loh.
— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke