ARTIKEL

Kredit: Bernama

Dua Beradik Cilik Buktikan Umur Bukan Halangan Dalam Dunia Roadbike

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketika kanak-kanak seusia mereka masih bermain di taman permainan, Nik Muhammad Danish Nik Muhammad Zulkarnain, 10 dan adiknya Nik Muhammad Faris, 8, memilih aktiviti “orang dewasa”, mengayuh basikal jalan raya.

Malah, dua beradik dari Kuala Nerus, Terengganu ini  bukan sekadar berbasikal tetapi mampu mengayuh sejauh puluhan kilometer dan menyaingi peloton (kelompok terbesar dalam perlumbaan berbasikal) yang terdiri daripada orang dewasa, sekali gus mencuri perhatian komuniti berbasikal tanah air.

Menurut bapa mereka, Nik Muhammad Zulkarnain Nik Sin, 42, minat dua anaknya itu bermula daripada mengayuh secara suka-suka mengikut beliau dan isteri berbasikal pada waktu petang dan hujung minggu.

“Pada mulanya mereka hanya ikut kami, menggunakan basikal bersaiz kanak-kanak, tetapi lama-kelamaan kami nampak mereka boleh ikut pace (berkayuh) jauh, cepat tangkap teknik dan berani kayuh jarak jauh.

“Jadi, saya mula latih mereka dengan lebih teratur sebelum menyertai siri perlumbaan berbasikal kompetitif bermula dengan Junior Cycling Malaysia (JCM) di Sendayan pada Julai tahun lalu dan tanpa diduga Danish berjaya mendapat tempat kedua manakala Faris di tempat keempat bagi kategori umur mereka.,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ujarnya, sejak itu kedua-dua mereka mencatatkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dan hingga kini Danish dan Faris telah menyertai lebih lapan pertandingan berbasikal dengan hampir semuanya berakhir di podium termasuk beberapa kemenangan dalam siri JCM tahun ini.

Minat dan kemampuan dua beradik yang belajar di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring itu turut menarik perhatian sebuah syarikat basikal antarabangsa yang kemudian menawarkan kontrak setahun untuk menjadikan mereka sebagai duta jenama tersebut.

Berkongsi rutin latihan kedua-dua anaknya itu, Nik Muhammad Zulkarnain yang juga atlet berbasikal Polis Diraja Malaysia Terengganu, berkata latihan dilakukan hampir setiap hari, merangkumi kayuhan di laluan landai bagi melatih cadence dan kayuhan mendaki untuk membina kekuatan.

“Latihan harian biasanya sekitar 40 hingga 50 kilometer.

Jika mereka menyertai peloton besar, jarak boleh mencecah 70 hingga 80 km dengan purata kelajuan sekitar 30 km sejam.

“Saya pula akan mengiringi mereka dengan motosikal untuk memantau cadence, penggunaan gear dan keselamatan sepanjang kayuhan.

Pada usia begini, saya perlu pastikan setiap kayuhan bukan sekadar laju, tetapi selamat,” katanya.

Dari segi kelengkapan, Nik Muhammad Zulkarnain berkata kedua-dua anaknya menggunakan basikal spesifikasi dewasa termasuk rangka bersaiz 44 dan crankset 53 bagi membolehkan mereka mengekalkan kelajuan tinggi ketika menyertai peloton.

“Walaupun frame itu besar untuk umur mereka, saya buat fitting semula, seat direndahkan, handle dipendekkan supaya mereka selesa dan tidak cepat lenguh,” katanya sambil menjelaskan basikal kanak-kanak tidak mampu menyaingi kelajuan peloton.

Menurutnya bakat kedua-dua anaknya itu turut menarik perhatian Majlis Sukan Negeri Terengganu yang kini menempatkan mereka dalam kumpulan pelapis negeri yang rata-rata berusia berusia 13 tahun ke atas.

Sementara itu, ibu mereka Noornajmi Idayu Mazlan, 40, berkata penglibatan aktif Danish dan Faris dalam sukan berbasikal bukan sahaja meningkatkan tahap kecergasan malah mengubah disiplin harian mereka terutama dari segi pengurusan masa dan komitmen terhadap pelajaran.

“Sukan ini banyak mendidik mereka.

Dulu agak nakal, tapi sekarang lebih fokus dan berdisiplin.

Apa yang saya tak berpeluang capai waktu kecil, saya nak beri peluang itu kepada anak-anak dan semuanya tetap dilakukan tanpa meminggirkan pelajaran,” kata ibu kepada lima orang anak ini. — Bernama

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU