ARTIKEL

CLARA (duduk), Priscilla (berdiri, tiga kiri) dan Cindy (berdiri, empat kanan) bersama kenamaan pada peraduan tersebut.

Dua beradik dinobatkan paling cantik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua adik-beradik mengungguli Pertandingan Ratu Cantik Malam Gala 13 M.O Sarawak 2023 di sini, baru-baru ini.

Clara Amanda Buyong, 22, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan adiknya, Cindy Claudia Buyong, 19, masing-masing dinobatkan sebagai Kumang (johan) dan Selinggar Matahari (tempat ketiga).

Clara menewaskan lapan finalis lain membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, selempang dan trofi.

Ketika ditemui, Clara merakamkan penghargaannya kepada keluarga, rakan-rakan, dan semua yang terlibat menyumbang dan menyokongnya dalam pertandingan ini.

“Saya benar-benar berbesar hati kerana memenangi gelaran malam ini. Saya tidak menjangkakannya.

Sementara itu, Cindy yang merangkul gelaran Selinggar Matahari menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta mahkota, selempang dan trofi.

Cindy turut memenangi kategori Dara Dikerindu (Peserta Kegemaran) dan Pemanah Ngepan (Pakaian Tradisional Iban Tercantik).

“Ini kali pertama saya menyertai pertandingan Kumang, dan saya bangga dengan pencapaian saya.

Semuanya dapat dicapai melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada keluarga saya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha