ARTIKEL

Kredit: Bernama

Dua beranak maut kebakaran rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa ialah seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak lelaki berumur sembilan tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 4 pagi memaklumkan kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal.

“Operasi pemadaman dan usaha menyelamat mangsa dijalankan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Dua jentera masing-masing sebuah jentera pemadam dan penyelamat (FRT) serta jentera pemadam dan penyelamat kompak (CFRT) digerakkan ke lokasi, selain sebuah jentera tangki air bagi membantu operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.  — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha