ARTIKEL

Kredit : Bomba Kelantan

Dua Beranak Maut Kemalangan Di Jeli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu Melintang, Jeli, hari ini

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Mohammad Asraf Mat Nazi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.59 tengah hari dan kemalangan melibatkan Lexus dan Perodua Alza yang bertembung. 

“Akibat perlanggaran itu, Perodua Alza terbalik dan terjatuh ke bawah tebing jalan dengan dua mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Arif Azhari, 39, dan Alif Fitri, 16, manakala pemandu sebuah lagi kenderaan yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal di tempat kejadian.

Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba ditamatkan pada 3.47 petang dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU