ARTIKEL

Dua Jemaah Haji Malaysia Dirawat Di Hospital, Keadaan Stabil – TH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH:  Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Makkah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata kedua-dua jemaah berkenaan dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan sesak nafas.

“Seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun dimasukkan ke sebuah hospital di Makkah, manakala seorang jemaah wanita berusia 65 tahun dirawat di hospital di Madinah.

“Bagaimanapun, jemaah wanita itu telah dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd Hisham tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas dan keletihan menjadi punca dua jemaah itu dimasukkan ke hospital.

Beliau turut menasihati jemaah haji Malaysia untuk minum air dan rehat secukupnya selain menjaga keselamatan diri.

Operasi Haji 1447/2026 bermula secara rasmi pada 18 April, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha