ARTIKEL

Dua kanak-kanak perempuan hilang di Kampung Pasir Pandak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak, dekat Santubong, sejak semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8 malam lalu menggerakkan pasukan BBP Petra Jaya ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer.

Mangsa dikenali sebagai Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, kedua-duanya berusia lima tahun.

“Kedua-dua mangsa dilihat kali terakhir keluar menuju ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah untuk bermain bersama-sama sepupu sekitar 9 pagi.

“Pada 11 pagi, bapa kepada salah seorang mangsa menyedari bahawa kedua-dua mangsa tidak berada di lokasi permainan. Usaha pencarian awal dilakukan oleh keluarga di sekitar kawasan kampung, namun mangsa masih gagal ditemui,” menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, bapa mangsa bersama-sama penduduk kampung memperluas usaha pencarian, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Satu laporan polis dibuat bagi mendapatkan bantuan agensi penyelamat dan pihak berkuasa untuk memulakan operasi pencarian secara rasmi pada 6 petang.


Ketika laporan ini ditulis, masih tiada petunjuk baharu dan status mangsa masih belum dijumpai.

FOTO: GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU