KUCHING: Cuti hujung minggu terus dipergunakan peminat sukan pickleball untuk memperlihatkan bakat masing-masing.
Ia berikutan berlangsungnya dua kejohanan pada tarikh dan lokasi berbeza.
Kejohanan Pickleball Backtour 3.0 (G.P.S Backbenchers) 2026 akan berlangsung pada Sabtu ini, 16 Mei di The Star Pickleball, Tabuan.

Selain itu, Kejohanan Pickleball Jemputan Antara Agensi 2026 pula akan berlangsung di Arena Pickleball Samarahan di pusat beli-belah The Summermall pada Ahad, 17 Mei.
Tiga kategori dipertandingkan bagi Kejohanan Pickleball Backtour 3.0 (G.P.S Backbenchers) 2026 iaitu Wanita VIP (SABATI), Terbuka Lelaki serta Berpasukan melibatkan pasukan SS dan Backbenchers.
Sementara itu, kategori beregu terbuka lelaki, beregu (VIP) lelaki dan beregu campuran terbuka dipertandingkan bagi Kejohanan Pickleball Jemputan Antara Agensi 2026.
Apa yang pasti, dua kejohanan yang berlangsung itu dijangka meriah dengan penyertaan pemain terlibat.



