ARTIKEL

Dua kit ujian kendiri dapat kelulusan bersyarat – KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan dalam negara.

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Kit Salixium COVID-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test)saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate® COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA, menurut KKM. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha